Friday, October 30, 2009

Sejarah kelas pendidikan khas SK Sulaiman Bentong Pahang

Kelas pendidikan khas ini dibuka atas kuota pendidikan khas untuk Disleksia yang mana kouta ini diambil daripada kelas pendidikan khas di Indera Mahkota Kuantan. Kelas ini dibuka oleh guru kpli Norhayati binti Muhalip pada 5 Januari 2009 yang mana ini merupakan penempatan mengajar pertama beliau. Di awal pembukaan , kelas ini masih kosong dan tiada kemasukan murid lagi . Dengan kesungguhan cikgu yati beliau telah menghiaskan dahulu kelas serta menggunakan perabot yang sedia ada untuk melengkapkan kelas ini.

Pada 12 Januari 2009, baru lah saya melaporkan diri di sekolah sulaiman selepas menghadiri kursus pengenalan pendidikan khas. sebenarnya saya sangat terkejut melihat kelas yang ada kerana ia adalah kelas yang diubahsuai dan ianya terlalu kosong. Saya juga sebenarnya masih lagi dalam dilema kerana kursus kpli yang diikuti adalah sains tetapi di posting ke kelas pendidikan khas. Tapi nasib saya baik walaupun saya dan cikgu yati merupakan guru pertama pendidikan khas , cikgu yati banyak tahu mengenai pendidikan khas kerana beliau guru kpli pendidikan khas.




Kelas kami yang masih kosong tanpa peralatan
Pada 21 Januari 2009 kami menerima kemasukan murid yang pertama iaitu Syed Mohd Asjad bin Syed Zulkefle. Daripada riak muka ayah dan ibu Asjad, kami dapati mereka seolah-olah terkejut kerana anak mereka ditempat kan ke kelas yang serba kekurangan ini. Dan saya cukup kagum dengan cikgu yati kerana beliau berjaya menenangkan keadaan dan meyakinkan yang kami akan menjaga dan mengajar asjad dengan bersungguh-sungguh.


Inilah anak murid kami Syed Mohd. Asjad